Abdul Hadi sihat, masih berehat di IJN - Utusan Malaysia

Abdul Hadi sihat, masih berehat di IJN

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam keadaan sihat dan masih menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Setiausaha Akhbarnya, Abdul Malik Ab. Razak berkata, keadaan kesihatan Abdul Hadi beransur baik hasil rawatan yang dijalankan.

“Alhamdulillah, tuan guru sihat dan masih berehat di IJN,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah menerima rawatan susulan di IJN atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman yang memohon doa semua pihak agar Abdul Hadi diberikan kesembuhan serta kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat kepada ummah.

Terdahulu, beberapa pemimpin antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu pulih seperti sedia kala. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya