9,916 warga emas terima vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

9,916 warga emas terima vaksin Covid-19

RINA Mohd. Harun (dua kanan) bergambar bersama penerima bantuan kewangan pengoperasian tahunan PAWE Zon Utara tahun 2021 di Sungai Petani, hari ini. - UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 9,916 warga emas yang berdaftar telah menerima vaksin Covid-19 dos pertama menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa kedua, setakat ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, hasil maklum balas diterima pihaknya mendapati mereka yang sudah disuntik vaksin itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

“Setakat ini, maklum balas yang kita terima, mereka semua dalam keadaan yang baik dan kita doakan mereka terus sihat dan tiada mudarat yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kewangan pengoperasian tahunan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Zon Utara tahun 2021 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan tersebut kepada 12 PAWE di Kedah berjumlah RM600,000 dan RM150,000 diserahkan untuk tiga PAWE di Perlis.

Laporan akhbar sebelum ini, Rina dipetik sebagai berkata, seramai 36,000 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dijadualkan bakal menerima suntikan vaksin itu pada fasa kedua dan daripada jumlah itu sejumlah 25,000 penerima terdiri daripada warga emas.

Rina menyeru lebih ramai lagi warga emas mendaftarkan diri bagi menerima vaksin itu sama ada melalui aplikasi MySejahtera dan di pusat kesihatan daerah serta melalui sukarelawan kementeriannya.

Dalam pada itu, Rina berkata, dianggarkan antara 8,000 hingga 10,000 warga emas yang berada di institusi termasuk rumah orang tua akan menerima suntikan vaksin itu secara serentak selepas ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya