9 ditahan berlumba haram - Utusan Malaysia

9 ditahan berlumba haram

PENUNGGANG motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Kilometer 84, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai hari ini. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Sembilan lelaki ditahan polis kerana berlumba dan menunggang motosikal secara merbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Kilometer 84, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai, di sini hari ini.

Operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak dan dibantu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Tapah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Asisten Komisioner Zakaria Abd. Rahman berkata, operasi itu dijalankan susulan maklumat penduduk yang mendakwa diganggu bunyi bising deruman enjin motosikal kerana kegiatan lumba haram pada setiap malam minggu.

Katanya, operasi yang dijalankan di kawasan itu kemudian mendapati terdapat sekumpulan penunggang motosikal sedang berlumba.

“Sembilan penunggang motosikal itu didapati menunggang dalam kelajuan tinggi sambil melakukan aksi merbahaya di atas jalan dengan menundukkan badan dan melakukan aksi zig-zag serta mengangkat tayar hadapan.

“Tindakan mereka yang berusia antara 18 hingga 33 tahun itu bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek yang ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati empat daripada mereka positif dadah.

“JSPT Perak tidak berkompromi dengan kegiatan samseng jalanan dan akan mengambil tindakan tegas ke atas perlakuan yang bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri malah orang lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya