73.9 peratus majikan gagal patuhi Akta 446 - Utusan Malaysia

73.9 peratus majikan gagal patuhi Akta 446

AWANG Hashim beramah mesra dengan wartawan pada Majlis Tautan Kasih Bersama Rakan Media Kedah di Hotel Raia di Alor Setar. - UTUSAN/SHAHIR NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 73.9 peratus daripada 14,835 majikan gagal menyediakan penginapan buat pekerja asing mengikut Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, statistik itu hasil pemeriksaan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bermula 1 Februari hingga 15 April yang turut mendapati hanya 3,874 iaitu 26.1 peratus patuh dengan akta berkenaan.

“Sebanyak 10,961 majikan iaitu lebih 70 peratus majikan tidak mengikut SOP (prosedur operasi standard) jadi kita perlu tindakan drastik dan agresif.

“Kita tidak boleh bertolak ansur, jadi kita perlu kerjasama dengan semua iaitu pihak kerajaan, pekerja dan majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Tautan Kasih Bersama Rakan Media Kedah di Hotel Raia di sini malam semalam.

Awang menambah, sebanyak 625 kertas siasatan telah dibuka daripada keseluruhan pemeriksaan atas kesalahan seperti penginapan tidak diperakui oleh Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja.

Selain itu jelasnya, kebanyakan penginapan tersebut juga tidak mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu tidak menyediakan ruang rehat dan ruang makan serta tidak mengikut syarat ketebalan tilam kurang 10 sentimeter.

“Selebihnya, sebanyak 34 arahan pindah pekerja, 2,417 arahan baiki atau tambah baik dan 7,885 dikeluarkan kepada majikan-majikan yang tidak memenuhi syarat atau peraturan yang ditetapkan.

“Pemeriksaan melibatkan 616,216 pekerja iaitu 572,518 pekerja asing dan 43,698 pekerja tempatan,” katanya.

Jelasnya, pematuhan terhadap Akta 446 itu penting kerana Malaysia mengamalkan dasar perburuhan yang tidak membezakan antara pekerja tempatan dan pekerja asing, apabila perlindungan dari segi kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan disamaratakan.

“Ekoran itu, Kementerian Sumber Manusia membuat pindaan kepada Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan Kemudahan Pekerja 1994 [Akta 446] bagi menangani masalah penginapan pekerja yang tiada fasiliti kebersihan yang baik, sempit, tiada pengudaraan yang baik dan tidak terurus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya