70 peratus rakyat Melaka divaksin Disember - Utusan Malaysia

70 peratus rakyat Melaka divaksin Disember

SULAIMAN Md. Ali (tiga dari kanan) diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan (empat dari kiri) bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman (dua dari kanan) melawat warga emas iaitu pesara polis, Yun Ah Soon @ Ewe Ah Soon, 84, (tengah) yang telah menerima vaksin pada program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Daerah Melaka Tengah di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 70 peratus rakyat Melaka selesai divaksin menjelang Disember 2021.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, sehingga 17 April lalu, pendaftaran imunisasi Covid-19 melalui aplikasi My Sejahtera telah merekodkan jumlah seramai 294,597 iaitu 42 peratus daripada 701,000 jumlah keseluruhan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, Program Imunisasi Covid-19 Negeri Melaka bagi fasa satu yang bermula sejak 2 Mac lalu telah pun melebihi sasaran yang ditetapkan.

“Secara keseluruhan, status pemberian vaksin Covid-19 fasa satu negeri Melaka sehingga 17 April bagi dos pertama ialah seramai 19,470 orang iaitu sebanyak 82.8 peratus

“Manakala bagi dos kedua ialah seramai 10,249 iaitu sebanyak 43.6 peratus. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan bagi fasa 1,” katanya ketika sidang akhbar sempena lawatan permulaan fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Negeri Melaka di Dewan Tun Ali di sini, hari ini.

Fasa dua yang bemula hari ini melibatkan kumpulan sasar yang difokuskan adalah warga emas dan kumpulan berisiko tinggi.

Sulaiman menambah, masyarakat orang asli dan golongan orang kurang upaya (OKU) juga diambil kira supaya tidak ketinggalan.

Jelasnya, melalui kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), gerak kerja untuk mendekati golongan itu telah dimulakan.

“Program penerangan berkaitan program imunisasi adalah amat penting bagi memastikan masyarakat orang asli menerima maklumat yang betul, tepat dan seterusnya tidak menolak untuk menerima vaksin ini,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN