66 bazar di Wilayah Persekutuan - Utusan Malaysia

66 bazar di Wilayah Persekutuan

MAHADI CHE NGAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan lebih 60 lokasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di Wilayah Persekutuan.

Datuk Bandar DBKL, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, lokasi-lokasi tersebut adalah lokasi bazar yang telah dilulus sejak tahun lalu.

“Oleh itu, pihak DBKL akan menyelaraskan pelaksanaan bazar tahun ini berdasarkan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. Lokasi bazar ini adalah yang telah diluluskan pada tahun lepas namun terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya berikutan penularan virus Covid-19.

“Perkara ini melibatkan 66 lokasi iaitu tiga di bawah penganjuran DBKL dan 63 di bawah pihak persatuan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagi Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, pihaknya masih menerima banyak permohonan baharu daripada golongan peniaga.

“Permohonan masih banyak seperti dulu dan Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan SOP seperti yang diperuntukkan oleh MKN.
“Bagaimanapun, kapasiti peniaga dan pengunjung akan diatur berdasarkan kesesuaian tapak masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, bagi bazar Ramadan, dijangkakan seramai 2,233 peniaga bakal mendapat tempat di 47 lokasi di seluruh Wilayah Persekutuan.

Presiden Persatuan dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, sukar untuk menerima pendaftaran baharu di bazar kerana pihaknya memberi keutamaan kepada peniaga yang telah mendaftar sejak setahun lalu.

“Sebanyak 2,233 peniaga yang tidak menarik semula deposit pembayaran tapak bazar daripada tahun lalu akan diberikan tempat di 47 lokasi bazar yang telah ditetapkan.

“Dengan penjarakan fizikal iaitu satu meter antara gerai membuatkan jumlah tapak terhad dan tidak ramai peniaga boleh dimuatkan dalam setiap bazar itu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya