6 termasuk dua kakitangan Imigresen ditahan godam sistem MyIMMs - Utusan Malaysia

6 termasuk dua kakitangan Imigresen ditahan godam sistem MyIMMs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Enam termasuk dua kakitangan Jabatan Imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam menggodam sistem MyIMMs jabatan itu.

Empat daripada mereka merupakan pekerja teknikal syarikat pembekal sistem.

Kesemua mereka berusia antara 35 tahun hingga 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai bertanggungjawab memasang peranti dan perisian bagi tujuan menggodam tersebut.

Menurut sumber, penahanan keempat-empat pekerja syarikat pembekal tersebut telah membawa kepada penemuan beberapa komputer di Jabatan Imigresen yang telah dilengkapi dengan peranti serta perisian penggodaman.

Dua kakitangan Jabatan Imigresen pula disyaki bersekongkol dengan sindiket ini.

“Mereka yang berusia di antara 34 tahun hingga 42 tahun dikenal pasti terlibat dalam membantu sindiket menjalankan aktiviti penggodaman sistem tersebut. Dipercayai kesemua kakitangan tersebut turut menerima rasuah sebagai habuan kerana bersubahat dalam kegiatan ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, rentetan daripada itu beberapa perkakasan IT dan komputer telah disita daripada pejabat Jabatan Imigresen.

“Turut disita komputer riba dan external hard disk milik pekerja syarikat pembekal sistem yang digunakan bagi tujuan penggodaman sistem. Setakat ini, empat hotel ternama di sekitar Kuala Lumpur telah dikenal pasti SPRM dijadikan pusat operasi penggodaman,” jelasnya.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbaru itu.

Jelas beliau, pihaknya melihat isu penggodaman ini sebagai perbuatan yang amat serius kepada aspek keselamatan negara.

“Kesemua saspek akan disiasat dalam penglibatan mereka yang bersekongkol dalam menggodam sistem Imigresen. Segala sudut undang-undang jenayah akan dilihat dalam penglibatan mereka ini,” tegasnya.

Tangkapan terbaru itu adalah lanjutan daripada operasi bersama Jabatan Imigresen yang telah dilaksanakan bermula 6 April lalu di 22 lokasi di Kuala Lumpur dan Sungai Petani, Kedah.

Terdahulu, lima tangkapan telah dibuat terhadap ketua sindiket yang bergelar Datuk dan empat anggota sindiket termasuk seorang bekas pegawai Jabatan Imigresen.

Sebanyak 147 akaun (30 individu dan 11 syarikat) berjumlah RM9,977,954.95 juta telah dibekukan.

Selain itu, dianggarkan sebanyak 30 unit hartanah berjumlah RM11.8 juta dan 66 buah kenderaan berjumlah RM13.6 juta telah disita serta dibekukan.

Jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM25.5 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya