53,000 liter minyak dirampas - Utusan Malaysia

53,000 liter minyak dirampas

SAHARUDDIN Mohd. Kia (tiga, kanan) melihat getah paip bagi memindahkan minyak diesel dari bot kargo di sebuah stor pelupusan bahan binaan di Kampung Teluk Pasu, Manir di Kuala Terengganu, Terengganu. UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu berjaya melumpuhkan kegiatan pemindahan minyak diesel dari bot kargo ke lori tangki tanpa kebenaran, semalam.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu pihaknya merampas 53,000 liter diesel di samping sebuah lori tangki dan dua bot kargo yang dianggarkan bernilai RM930,150 di sebuah stor pelupusan bahan binaan di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini.

Katanya, hasil risikan sejak dua bulan lalu mendapati modus operandi kegiatan itu adalah memindahkan minyak diesel dari tengah laut menggunakan kapal tangki sebelum diedarkan ke kawasan industri.

“Kegiatan ini disyaki masih baharu dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dalang-dalang yang mungkin terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Saharuddin berkata, lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai pekerja turut ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sebanyak RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala hukuman ke atas syarikat adalah denda tidak melebihi RM 2 juta.

“Kita tidak menolak kemungkinan aktiviti tidak sah itu memberi pulangan lumayan kepada pelaku selepas mendapati stor berkenaan sedang diubah suai bagi menjalankan kegiatan berkenaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya