5 daerah di Kedah dikenakan PKP - Utusan Malaysia

5 daerah di Kedah dikenakan PKP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak lima daripada 12 daerah di seluruh Kedah bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tempoh dua minggu bermula pada esok hingga 14 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daerah tersebut ialah ibu negerinya sendiri, Kota Setar selain Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim.

“Dalam tempoh 14 hari lalu, 709 kes aktif direkodkan di lima daerah ini melibatkan beberapa kluster yang menyumbang peningkatan kes,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Bagaimanapun, Kedah masih lagi kekal sebagai negeri berstatus PKP Pemulihan (PKPP) yang bermula semalam sehingga 17 Mei depan dengan melibatkan baki tujuh daerah lagi.

Sementara itu kata Ismail Sabri, PKP Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di tiga lokaliti berbeza bermula esok ekoran berlaku kenaikan kes mendadak antaranya di Kampung Skim Cocos dan Sekolah Menengah Kebangsaan Madai yang kedua-duanya terletak di Daerah Kunak, Bahagian Tawau, Sabah. 

Turut dikenakan PKPD tambahnya, ialah Kampung Sagah di Jalan Sungai Tengah Matang, Bahagian Kuching, Sarawak bagi menghalang penularan baharu dan memudahkan kawalan.

Dalam pada itu katanya, PKPD di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan yang dijadual tamat pada esok, kini terpaksa disambung lagi selama 14 hari susulan 67 daripada sejumlah 596 ujian saringan dilakukan disahkan positif Covid-19 selain masih ada 356 sampel yang sedang menunggu keputusan makmal.

Pada masa sama ujar beliau, pelaksanaan PKPD yang melibatkan lima lokaliti berbeza pula di Sabah dan Sarawak akan ditamatkan pada esok melibatkan Taman Mesra Bako, Kuching dan Kampung Tengah, Betong di Sarawak serta Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang dan Taman Berkley di Tawau, Sabah,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya