41 penjaja di Jalan Serangkai 1 dibenar niaga tempat sama - Utusan Malaysia

41 penjaja di Jalan Serangkai 1 dibenar niaga tempat sama

ASMAN Shah Abd. Rahman (duduk kiri) ketika mengadakan perbincangan dengan wakil peniaga di Jalan Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, di Pasir Gudang, Johor. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) membenarkan 41 penjaja di Jalan Serangkai 1, Taman Dahlia, di sini untuk terus beroperasi di tapak sedia ada dengan beberapa syarat dikenakan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan dalam laman Facebooknya memberitahu, syarat berkenaan adalah pematuhan kepada dasar dikenakan ketika mereka berpindah ke lokasi tersebut pada 2019.

Menurut kenyataan itu, Datuk Bandar MBPG, Datuk Asman Shah Abd. Rahman telah mengadakan lawatan ke tapak penjaja itu bagi bertemu dengan kumpulan peniaga bagi mendengar luahan mereka.

“Dalam lawatan tersebut, satu perbincangan telah diadakan bersama dua orang wakil penjaja di kawasan tersebut.

“Wakil penjaja menyatakan hasrat untuk kekal di tapak sedia ada dan Datuk Bandar bersetuju dengan syarat mereka mematuhi dasar yang ditetapkan MBPG semasa pemindahan mereka ke Jalan Serangkai yang dilaksanakan dua tahun lalu,” jelas kenyataan itu.

Semalam, berlaku sedikit kekecohan dalam pertemuan antara Asman Shah dengan peniaga terbabit apabila perbincangan masih tidak dapat mencapai kata sepakat ekoran peniaga rata-ratanya tidak mahu berpindah ke lokasi baharu.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, sekumpulan 41 peniaga di tapak berkenaan melakukan demonstrasi aman memohon agar dibenarkan untuk terus beroperasi di tapak sedia ada dan tidak dipindahkan ke tapak baharu bermula Selasa ini.

Wakil peniaga, Effendi Saad, 38, memberitahu, keengganan 41 peniaga untuk berbuat demikian adalah kerana lokasi baharu itu terletak di kawasan yang tidak strategik jika dibandingkan dengan lokasi sedia ada.

Katanya, lokasi baharu itu juga berhampiran dengan tapak projek dan pastinya ia akan turut memberi kesan kepada mereka yang berniaga makanan, selain kawasan baharu juga terletak berhampiran dengan tapak pembuangan sampah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya