40 keluarga dikuarantin di Felda Kenanga Jengka 7 - Utusan Malaysia

40 keluarga dikuarantin di Felda Kenanga Jengka 7

ISMAIL Abd. Muttalib (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan untuk penduduk yang dikuarantin kepada Ahmad Zubir Abdul Rahim (tiga dari kanan) di Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seramai 40 keluarga dari Felda Kenanga Jengka 7 di sini, dikuarantin 10 hari bermula semalam kerana didapati mempunyai kontak rapat dengan seorang individu yang disahkan positif Covid-19.

Ketua Kampung Felda Kenanga Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul Rahim berkata, individu positif Covid-19 itu dikenal pasti hadir ke Masjid Felda Jengka 7 dan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung di tanah rancangan tersebut.

“Mereka terbabit (yang mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19) telah menjalani saringan Covid-19 semalam dan terus diarah menjalani kuarantin.

“Penduduk terbabit akur dikuarantin walaupun sedang menjalani ibadah berpuasa dan tidak dapat keluar rumah serta ke masjid dalam tempoh kuarantin,” katanya selepas penyampaian barangan keperluan oleh Pejabat Parlimen Maran, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zubir, setiap individu yang dianggarkan berjumlah 200 orang itu dipakaikan gelang merah dan perlu akur dengan prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib bertindak pantas menyalurkan sumbangan barangan keperluan harian seperti susu dan gula kepada penduduk terbabit.

Beliau menasihatkan penduduk akur dan patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi memutuskan rantaian Covid-19.

“Jangan keluar rumah jika tidak perlu kerana musuh yang tidak nampak ini ada di mana-mana,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya