4 papan tanda baharu ditambah di Taman Tasik Cyberjaya - Utusan Malaysia

4 papan tanda baharu ditambah di Taman Tasik Cyberjaya

SALAH satu papan tanda amaran di Taman Tasik Cyberjaya sebagai peringatan kepada pengunjung bagi mengelakkan kejadian lemas daripada berulang di lokasi taman awam berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Empat lagi papan tanda amaran akan ditambah di Taman Tasik Cyberjaya sebagai langkah pendekatan advokasi dan peringatan kepada pengunjung bagi mengelakkan kejadian lemas daripada berulang di lokasi taman awam berkenaan.

Penambahan empat papan tanda baharu itu menjadikan jumlah papan tanda yang ada buat masa ini adalah enam termasuk dua papan tanda sedia ada.

Semua peraturan taman termasuk larangan mandi di dalam tasik dipaparkan sebagai maklumat pemberitahuan awam kepada pengunjung.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, pemasangan papan tanda itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau berkata, sejak Taman Tasik Cyberjaya yang berkeluasan 2.02 hektar itu dibuka pada 2003, MPSepang telah pun meletakkan papan amaran dan peringatan di pintu hadapan dan belakang tasik memandangkan ia adalah kawasan umum bagi orang ramai beriadah.

“Namun melihat kepada kejadian lemas yang pertama kali berlaku di tasik berkenaan baru-baru ini, MPSepang mengambil pendekatan untuk menambah empat lagi papan tanda amaran tersebut,” katanya hari ini.

Abd. Hamid berkata, pihaknya berharap dengan langkah yang diambil itu, ia dapat mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Media pada 1 April lalu melaporkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman lemas selepas tergelincir ke dalam tasik di Taman Tasik Cyberjaya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya