3,000 pek Bubur Lambuk Kampung Baru diedar sehari - Utusan Malaysia

3,000 pek Bubur Lambuk Kampung Baru diedar sehari

KAKITANGAN Masjid Jamek Kampung Baru mengagihkan Bubur Lambuk Agong Masjid Jamek Kampung Baru kepada orang ramai di Kuala Lumpur, hari ini. -UTUSAN FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bubur Lambuk Kampung Baru yang terkenal dengan resipi turun-temurun sejak 100 tahun lalu dihasilkan sebanyak 3,000 bungkus sehari sepanjang Ramadan ini.

Bagi menghasilkannya, pihak pengurusan masjid menggunakan 15 periuk dengan 15 kilogram beras digunakan bagi setiap periuk.

Pengurus Masjid Kampung Baru, Mohalim Isman, 65, berkata, pengedaran bubur tersebut akan dilakukan melalui jemaah yang baru keluar dari masjid dan mereka yang berbaris di luar.

“Kita ada 11 orang tukang masak dan sembilan orang bantu untuk bungkus. Kita hanya masak dua jam sahaja iaitu 7 pagi hingga 10 malam,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, pengedaran bubur tersebut akan dibantu pegawai-pegawai dari dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Pengedaran kita belum pasti lagi macam mana, tetapi akan patuh prosedur operasi standard (SOP). Kita ada beberapa pegawai DBKL yang akan bantu. Semua patuh SOP, masa memasak pun kita ada lakukan penjarakan sosial,” katanya.

Terdahulu, bubur lambuk berkenaan diberi nama Bubur Lambuk Agung Masjid Jamek Kampung Baru setelah dicadangkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor pada waktu itu.

Pengurniaan nama ini dilakukan disebabkan terlalu banyak operator atau perseorangan yang membuat bubur lambuk di sekitar Kampung Baru yang berkemungkinan akan mengelirukan serta menjejaskan reputasi bubur tersebut.

Mohalim berkata, pengedaran secara pandu lalu tidak dilakukan pada Ramadan kali ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Tahun ini, kita tidak ada pandu lalu, tetapi, kalau bubur masih ada, kita cuma akan tahan kereta dan bagi melalui itu, katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya