53 buah rumah musnah terbakar , 314 tinggal sehelai sepinggang - Utusan Malaysia

53 buah rumah musnah terbakar , 314 tinggal sehelai sepinggang

Kebakaran di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi yang memusnahkan 30 buah rumah, di Sandakan, Sabah hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Sebanyak 314 orang mangsa kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan 53 buah rumah di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi, dekat sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu kira-kira pukul 7.50 pagi.

Dua jentera fire rescue tender (FRT), sebuah jentera tangki air, sebuah unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan empat buah utiliti dikejarkan ke lokasi sejauh 15 kilometer dengan kekuatan 40 orang pegawai dan anggota pelbagai pangkat.

Komander operasi, Penguasa Bomba Martin Thomas berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati 53 buah rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di kawasan seluas 61 ekar itu.

Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan 100 buah rumah lain di sekitarnya daripada turut dijilat api.

“Operasi pemadaman oleh pihak bomba menggunakan sumber air terbuka sepenuhnya dan telah membuat fire break untuk memutuskan laluan api ke tempat seterusnya.

“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.46 pagi,” katanya.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam memaklumkan kesemua 314 mangsa yang terdiri daripada 77 keluarga termasuk tiga keluarga bukan warganegara akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya