3 pelajar terlibat aksi samseng jalanan antara ditahan - Utusan Malaysia

3 pelajar terlibat aksi samseng jalanan antara ditahan

ANTARA remaja yang ditahan merempit dan menunggang motosikal secara melulu yang ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai tiga pelajar tingkatan empat antara enam individu yang ditahan ketika melakukan aksi ‘zigzag’ dan berlumba menerusi Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, semua individu yang berusia antara 16 sehingga 19 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan dalam operasi yang bermula dari pukul 5 petang hingga 8 malam.

“Mereka dikesan menunggang motosikal di samping bersaing sesama sendiri sambil melakukan aksi menundukkan badan dari arah Plaza Tol Bagan Ajam menghala ke pusingan Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT).

“Seramai lima individu ditahan di lorong motosikal plaza tol manakala seorang lagi ditangkap di Pantai Bersih selepas cubaan melarikan diri gagal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 15 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan.

“Diharapkan ibu bapa dapat memantau tingkah laku dan pergerakan anak-anak dan jangan benarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen yang sah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya