3 beranak cedera dirempuh kereta dipandu lawan arus - Utusan Malaysia

3 beranak cedera dirempuh kereta dipandu lawan arus

KEADAAN kemalangan yang menyebabkan tiga beranak cedera selepas kenderaan jenis Toyota Corolla Altis yang dinaiki mereka dirempuh kereta jenis Honda City yang dipandu melawan arus di BORR, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Tiga beranak cedera selepas kereta jenis Toyota Corolla Altis yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 13 Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Bagan Ajam di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, Yong Kee Seong, 34; isterinya, Goh Shei Yi, 31, dan anak mereka, Yoh Huey Xuan, 3, dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu berlaku selepas kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun bergerak secara melawan arus di lebuh raya tersebut dari arah Bagan Ajam menghala ke Sungai Dua.

Jelasnya, kejadian itu turut melibatkan sebuah motosikal jenis Benelli yang bergesel dengan kenderaan tersebut namun pemandu dan pemboncengnya yang masing-masing berusia 24 dan 28 tahun tidak cedera.

“Bagaimanapun punca pemandu itu melawan arus belum diketahui memandangkan dia masih tidak sedarkan diri dan kini dirawat di hospital.

“Polis juga sedang mengesan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Syafinaz di talian 018-2881 424 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, kes disiasat mengikut 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya