2,969 calon SPM 2020 duduki sesi kedua esok - Utusan Malaysia

2,969 calon SPM 2020 duduki sesi kedua esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 2,969 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sesi kedua di 197 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula esok hingga 23 April ini.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan berkata, sesi kedua itu adalah bagi calon-calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan pada 22 Februari hingga 25 Mac lalu kerana disahkan positif Covid-19 atau perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, calon- calon yang terlibat diingatkan merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang
perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan SPM 2020 sesi kedua boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my/.

“Calon juga diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, semua calon hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0.

Ia sebagaimana dikeluarkan kementerian pendidikan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan mencegah penularan wabak itu.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, seramai 2,969 calon SPM 2020 dikenal pasti terlibat untuk menduduki penjadualan semula peperiksaan awam itu seluruh negara sehingga 3 Mac lalu.

SPM 2020 telah dilaksanakan mulai 22 Februari lepas dan berakhir pada Khamis membabitkan 83 mata pelajaran yang diadakan di 3,310 pusat peperiksaan dengan seramai 48,014 petugas dilantik seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya