PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 kes iaitu 2,875 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,541 kes.
Sebanyak tujuh kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 22,014 kes berbanding semalam, 21,687 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 248 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 115 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Kelantan menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif iaitu 662 kes diikuti Selangor, 633 kes; Sarawak, 474 kes; Johor, 169 kes; Sabah, 160 kes dan Pulau Pinang, 144 kes.
“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Kedah, 91 kes; Negeri Sembilan, 55 kes; Perak, 49 kes; Melaka, 42 kes; Pahang, 29 kes; Terengganu, 22 kes; Putrajaya, 10 kes manakala Labuan, tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE