2,847 kes positif; 2,341 kes sembuh; 8 kematian - Utusan Malaysia

2,847 kes positif; 2,341 kes sembuh; 8 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 kes iaitu 2,847 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,341 kes.

Sebanyak lapan kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 22,512 kes berbanding semalam, 22,014 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 260 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 125 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif baharu iaitu 748 kes diikuti Sarawak, 717 kes; Kelantan, 476 kes; Kuala Lumpur, 302 kes; Negeri Sembilan, 105 kes dan Johor, 130 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang, 89 kes; Sabah, 82 kes; Perak, 45 kes; Kedah, 44 kes; Melaka, 42 kes; Pahang, 39 kes; Putrajaya, 14 kes dan Terengganu, 11 kes.

“Hanya Labuan merekodkan kes satu angka iaitu tiga kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN