27 tan 'frozen pork belly' diisytihar barangan lain - Utusan Malaysia

27 tan ‘frozen pork belly’ diisytihar barangan lain

PRODUK ‘frozen pork belly’ seberat 27 tan dari Denmark yang ditahan Maqis Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri di Johor. - IHSAN MAQIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Produk ‘frozen pork belly’ seberat 27 tan metrik yang dibawa masuk dari Denmark ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, kelmarin.

Pengarah Maqis negeri, Hizzuan Hasim berkata, penahanan membabitkan produk dianggarkan bernilai RM315,520 itu dibuat pegawai penguat kuasa jabatan berkenaan semasa melakukan pemeriksaan pada pukul 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksan lanjut mendapati ‘seal’ pada kontena tersebut tidak sama seperti di dalam ‘bil of lading’ yang telah dikemukakan kepada pegawai penguasa Maqis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu Hizzuan berkata, semua produk tersebut ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya