2,690 kes positif; 1,853 kes sembuh; 10 kematian - Utusan Malaysia

2,690 kes positif; 1,853 kes sembuh; 10 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan jumlah kes positif baharu Covid-19 melebihi 2,000 kes iaitu 2,690 kes mengatasi kes sembuh iaitu 1,853 kes.

Sebanyak 10 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 23,753 kes berbanding semalam, 22,926 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 283 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 121 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi iaitu 751 kes diikuti Sarawak, 595 kes; Kelantan, 424 kes; Kuala Lumpur, 217 kes; Johor, 159 kes; Sabah, 121 kes dan Pulau Pinang, 117 kes.

“Negeri yang merekodkan kes dua angka iaitu Kedah, 76 kes; Perak, 64 kes; Negeri Sembilan, 57 kes; Melaka, 42 kes; Pahang, 33 kes dan Terengganu, 25 kes.

“Baki lagi hanya merekodkan kes satu angka iaitu Putrajaya, lima kes; Labuan, tiga kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya