2,551 kes positif; Sarawak catat 960 kes - Utusan Malaysia

2,551 kes positif; Sarawak catat 960 kes

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 iaitu 2,551 kes mengatasi kes sembuh iaitu 1,524 kes.

Sebanyak dua kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 18,600 kes berbanding semalam iaitu 17,575 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 227 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak menjadi negeri tertinggi kes positif apabila mencecah 1 000 kes dengan merekodkan sebanyak 960 kes diikuti Selangor, 590 kes; Kuala Lumpur, 245 kes; Kelantan, 164 kes; Sabah, 143 kes dan Johor, 121 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang, 91 kes; Negeri Sembilan, 53 kes; Perak, 49 kes; Pahang, 47 kes; Kedah, 35 kes; Melaka, 28 kes dan Terengganu, 16 kes.

“Putrajaya, enam kes; Perlis, dua kes dan Labuan, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN