2,340 kes positif; 1,910 kes sembuh; 11 kematian - Utusan Malaysia

2,340 kes positif; 1,910 kes sembuh; 11 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebihi 2,000 kes iaitu 2,340 kes mengatasi kes sembuh iaitu 1,910 kes.

Sebanyak 11 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 21,687 kes berbanding semalam, 21,268 kes dan kelmarin pula, 20,522 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 248 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 101 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali merekodkan kes positif tertinggi iaitu 526 kes diikuti Sarawak, 429 kes; Kelatan, 370 kes; Kuala Lumpur, 291 kes; Sabah, 172 kes; Johor, 170 kes dan Pulau Pinang, 111 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Pahang, 81 kes; Melaka, 63 kes; Kedah, 55 kes; Perak, 38 kes dan Negeri Sembilan, 24 kes.

“Negeri dan Wilayah yang merekodkan kes satu angka pula ialah Putrajaya, enam kes; Labuan, dua kes; Terengganu, satu kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya