21 warga Myanmar ditahan ketika sedang berpesta air - Utusan Malaysia

21 warga Myanmar ditahan ketika sedang berpesta air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seramai 21 warga Myanmar termasuk seorang wanita ditahan di sebuah rumah di Taman Bidara di sini, kira-kira pukul 2.30 petang semalam ketika sedang berpesta air.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, mereka ditahan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.

Katanya, ketika serbuan warga Myanmar itu sedang berkumpul di pekarangan rumah tersebut sambil membuat bising serta menari dan bermain semburan air menggunakan paip getah.

Sehubungan itu jelas beliau, mereka ditahan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Ketika kejadian, kesemua mereka tidak mengamalkan penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

“Apabila menyedari kehadiran pihak polis, mereka cuba melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Shafee, ketika kejadian juga salah seorang daripada warga asing itu yang dipercayai mabuk menolak seorang anggota polis dan meninggikan suara selain enggan memberi kerjasama apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an dan mereka kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 kerana ingkar arahan PKP,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya