20 tan serbuk tanah liat tanpa permit sah dari India dirampas - Utusan Malaysia

20 tan serbuk tanah liat tanpa permit sah dari India dirampas

SERBUK tanah liat jenis 'Clay A1' yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT petang semalam selepas cuba dibawa masuk dari India tanpa permit yang sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas sebanyak 20 tan serbuk tanah liat jenis ‘Clay A1’ selepas didapati cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa permit import sah.

Produk itu dirampas dalam sebuah kontena dari India ketika pemeriksaan rutin pihak berkuasa berkenaan di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini pukul 4.30 petang semalam

Menurut Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan, ketika ditahan kontena itu didapati mengandungi serbuk tanah liat berkenaan yang dimuatkan di dalam 800 beg seberat 25 kilogram (kg) setiap beg dengan anggaran nilai RM4,336.64.

Menurut beliau, kegagalan mengemukakan dokumen import permit yang sah bagi pengimportan tanah liat adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh di hukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

“Jika sabit kesalahan individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noriah, Maqis negeri sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah dan mikroorganisma yang masuk atau keluar dari negara ini mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan itu bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya