2 beranak sesat empat jam di Bukit Cendana - Utusan Malaysia

2 beranak sesat empat jam di Bukit Cendana

DUA beranak diselamatkan pendaki dan anggota bomba selepas sesat di atas Bukit Cendana, Pulau Tikus, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Hasrat dua beranak mendaki Bukit Cendana di Pulau Tikus di sini buat pertama kali menjadi pengalaman menakutkan selepas mereka dilaporkan tersesat dan gagal menemukan laluan keluar pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika wanita berusia 58 bersama anak perempuannya berumur 29 tahun itu memulakan aktiviti pendakian seawal pukul 7 pagi.

Mereka yang datang dari Butterworth itu akhirnya diselamatkan pendaki lelaki kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Hassan Hussain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian berlaku pukul 12.48 tengah hari tadi dan mangsa dapat dihubungi menerusi talian telefon dan WhatsApp.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati kedua-dua wanita tersebut telah diselamatkan pendaki lelaki.

“Dua beranak itu ditemukan dalam keadaan selamat. Mereka memaklumkan pendakian di Bukit Cendana adalah kali pertama dan gagal menemukan jalan keluar semasa hendak mendaki ke puncak bukit berkenaan.

“Mereka dikatakan terkandas hampir empat jam sebelum terserempak dengan pendaki lain. Pasukan bomba kemudiannya membantu membawa mereka turun dengan kenderaan pacuan empat roda” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya, tiada sebarang kecederaan yang dialami mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.05 petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya