1,900kg tepung gandum tanpa permit sah disita - Utusan Malaysia

1,900kg tepung gandum tanpa permit sah disita

Menghapuskan AP gandum tidak mendatang masalah kepada syarikat Global Ikhwan Holding Sdn. Bhd selaku pemegang AP gandum. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Cawangan Timur Laut menyita sebanyak 1,900 kilogram (kg) tepung gandum di sebuah premis membuat makanan di Teluk Kumbar, di sini kerana didapati disimpan tanpa permit yang sah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNHEP Daerah Timur Laut, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati peniaga memiliki barang kawalan berjadual iaitu tepung gandum dengan kuantiti sebanyak 1,900kg bernilai RM4,637 untuk membuat produk makanan.

“Peniaga telah diminta mengemukakan permit menyimpan barang kawalan berjadual atau kebenaran bertulis dari KPDNHEP namun gagal berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, peniaga diwajibkan memiliki lesen atau permit kebenaran menyimpan barang kawalan daripada KPDNHEP dan kegagalan berbuat demikian adalah kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala denda kepada syarikat perbadanan boleh dikenakan tidak lebih RM2 juta,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya