19 jam berpaut pada kotak fiber - Utusan Malaysia

19 jam berpaut pada kotak fiber

MAT HARUN MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua daripada tiga nelayan yang hanyut selepas bot mereka terbalik dipukul ribut di perairan kira-kira 16.6 kilometer dari Kuala Besar, di sini semalam terpaksa berpaut pada kotak fiber selama 19 jam bagi mengelak mati lemas.

Kedua-dua mangsa Mat Awang@Jali, 54, dan Mat Harun Mohd. Nor, 55, ditemukan terapung dalam keadaan lesu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 3 petang tidak jauh dari lokasi insiden.

MAT AWANG

Bagaimanapun seorang lagi mangsa, Zulshahmi Danial Zulazman, 26, belum dijumpai.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dua mangsa terbabit ditemukan sedang berpaut pada satu kotak fiber yang terapung.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Jeti Pantai Sabak Pengkalan Chepa, di sini sebelum dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa masih diteruskan hingga lewat petang ini.

Terdahulu sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa dikatakan keluar ke laut sejak pukul 5 petang semalam dari Jeti Kampung Keseng untuk mencandat sotong.

Kira-kira pukul 8.30 malam, cuaca bertukar buruk dengan hujan lebat turun disusuli ribut yang membadai sehingga bot fiber dinaiki tiga mangsa terbalik dan karam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya