1,854 kes positif; 1,247 kes sembuh; 5 kematian - Utusan Malaysia

1,854 kes positif; 1,247 kes sembuh; 5 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 mencecah hampir 2,000 iaitu 1,854 kes sekali gus mengatasi jumlah sembuh Covid-19 iaitu 1,247 kes.

Sebanyak lima kematian direkodkan manakala kes aktif iaitu 14,805 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 169 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 79 kes memerlukan bantuan.

Katanya, Sarawak merekodkan kes tertinggi positif baharu iaitu 555 kes diikuti Selangor, 403 kes; Pulau Pinang, 176 kes; Kelantan, 143 kes; Sabah, 139 kes; Kuala Lumpur, 135 kes dan Johor, 103 kes.

“Negeri yang merekodkan kes dua angka iaitu Kedah, 40 kes; Negeri Sembilan, 40 kes; Melaka, 34 kes; Perak, 29 kes; Terengganu, 29 kes; Pahang, 19 kes.

“Bagi kes satu angka, Putrajaya, enam kes dan Labuan, tiga manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya