180,672 pelajar di Sabah ikuti sesi persekolahan bersemuka - Utusan Malaysia

180,672 pelajar di Sabah ikuti sesi persekolahan bersemuka

Guru KKHS menyembur cecair penbasmi kuman pada tangan pelajar sebelum memasuki kawasan sekolah. UTUSAN/ SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 180,672 orang pelajar sekolah menengah di Sabah memulakan sesi persekolahan secara bersemukabermula hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin berkata, daripada 214,096 orang pelajar sekolah menengah kerajaan dan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Sabah, seramai 180,672 orang memulakan persekolahan hari ini.

Sementara itu, sebanyak 33,424 orang pelajar di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dua daerah iaitu Keningau dan Tawau akan memulakan sesi persekolahan setelah pelaksanaan PKP tamat.

Pelaksanaan PKP di Tawau dan Keningau masing-masing dijadualkan tamat pada 16 April dan 18 April ini.

Tinjuan Utusan Malaysia terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada hari pertama sesi persekolahan bagi sekolah menengah di Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu (KKHS) amat baik.

Terdapat seorang guru yang bertugas memberikan pensanitasi tangan kepada setiap pelajar di luar kawasan sekolah dan semua pelajar juga dilihat memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan fizikal ketika menjalani pemeriksaan suhu badan.

Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah hotspot ini mempunyai 2,358 orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam.

KKHS antara 39 sekolah hotspot yang dikenal pasti di Sabah iaitu sekolah paling ramai pelajar dan terletak berhampiran dengan jalan utama.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KKHS, Tan Hock Siong berkata, secara keseluruhan pematuhan SOP pelajar pada pagi ini sangat baik.

“Pihak sekolah hanya membenarkan ibu bapa menurunkan pelajar di ruang yang disediakan bagi mengelakkan berlaku kesesakan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, disebabkan sekolah ini mempunyai dua sesi, pihak sekolah akan membenarkan pelajar pulang secara berperingkat agar tidak berlaku kesesakan di luar sekolah ketika tamat sesi persekolahan.

“Sebelum ini, sekolah sudah membuat siaran dalam kelas secaraayas talian mengenai pematuhan SOP ketika sesi persekolahan bermula. Kita berharap apabila ibu bapa sudah memahami sistem yang ada ini, proses penghantaran pelajar ke sekolah bertambah lancar,” ujarnya.

Hock Siong berkata, walaupun ramai ibu bapa bimbang dengan penularan pandemik Covid-19 tapi mereka mahu anak-anak mereka menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka kerana ianya jauh lebih baik berbanding pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya