1,510 kes positif; Selangor kembali tertinggi - Utusan Malaysia

1,510 kes positif; Selangor kembali tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 1,510 kes yang menunjukkan penurunan kes berbanding semalam iaitu 1,854 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor pula kembali merekodkan kes tertinggi iaitu 415 kes diikuti Sarawak, 296 kes; Kelantan, 171 kes; Sabah, 131 kes; Kuala Lumpur, 106 kes dan Pulau Pinang, 101 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Johor, 80 kes; Kedah, 59 kes; Perak, 46 kes; Terengganu, 44 kes; Negeri Sembilan, 28 kes; Pahang, 13 kes dan Putrajaya, 10 kes

“Melaka, enam kes dan Perlis, dua kes serta Labuan, dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Sarawak merekodkan kes positif baharu tertinggi iaitu 555 kes yang berpunca daripada acara keramaian dan aktiviti sosial seperti upacara pengebumian, perkahwinan dan acara keraian.

Selain itu, Selangor pula merekodkan 403 kes diikuti Pulau Pinang, 176 kes; Kelantan, 143 kes; Sabah, 139 kes; Kuala Lumpur, 135 kes dan Johor, 103 kes.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya