15 peniaga dikompaun jual air kosong 'mahal' - Utusan Malaysia

15 peniaga dikompaun jual air kosong ‘mahal’

ANGGOTA PPDNHEP Pulau Pinang memeriksa premis yang turut menjual air kosong dalam Op Catut 8.0 yang bermula sejak 7 April lalu di sekitar negeri ini berikutan terdapat aduan harga minuman itu terlalu mahal dan tidak munasabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 15 notis menerusi Op Catut 8.0 dikeluarkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri sehingga kini atas kesalahan menjual air kosong mahal sehingga semalam.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, operasi itu bermula sejak 7 April lalu serta turut melibatkan dua pejabat cawangan PPDNHEP negeri iaitu di Timur Laut dan Seberang Perai Utara (SPU).

Dalam operasi itu kata beliau, sebanyak 35 buah premis perniagaan yang menjual minuman air kosong di negeri ini telah diperiksa.

“Selain restoran-restoran mewah dan biasa, kedai makanan segera, francais, kedai makan serta warung juga tidak terkecuali daripada diperiksa,” katanya di sini hari ini.

Kata Mohd. Ridzuan, kesemua notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan peniaga diberikan tempoh lima hari untuk memberikan maklum balas terhadap notis berkenaan.

“Berdasarkan kutipan maklumat harga daripada pemeriksaan yang telah dijalankan sehingga semalam (12 April), purata harga air kosong yang dijual ialah sekitar 50 sen.

“Bagaimanapun, masih ada peniaga menjual air kosong melebihi RM1 segelas dan sehubungan itu juga notis berkaitan telah dikeluarkan untuk mendapatkan maklum balas penetapan harga oleh peniaga,” katanya.

Tambah Mohd. Ridzuan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang cuba mengaut keuntungan tidak munasabah daripada penjualan air kosong pada harga yang melampau atau tidak wajar.

Sebelum ini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol sendiri terkejut apabila mendapati ada peniaga menjual air kosong melebihi RM 1 semasa membuat pemeriksaan di Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya