1,442 kes sembuh; 1,294 kes positif; 10 kluster; 5 kematian - Utusan Malaysia

1,442 kes sembuh; 1,294 kes positif; 10 kluster; 5 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 1,442 kes yang mengatasi kes positif iaitu 1,294 kes.

Sebanyak 10 kluster dan lima kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan kes iaitu 14,246 kes berbanding semalam iaitu 14,399 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 168 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 78 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 455 kes diikuti Sarawak, 217 kes; Pulau Pinang, 139 kes dan Johor, 103 kes.

“Majoriti negeri merekodkan kes dua angka iaitu Kuala Lumpur, 88 kes; Kelantan, 66 kes; Sabah, 63 kes; Pahang, 57 kes; Negeri Sembilan, 31 kes; Melaka, 22 kes; Kedah, 21 kes dan Perak, 14 kes.

“Negeri yang merekodkan kes satu angka iaitu Terengganu, lapan kes; Putrajaya, lima kes; Labuan, empat kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya