1,317 kes positif; 1,052 kes sembuh; 4 kematian - Utusan Malaysia

1,317 kes positif; 1,052 kes sembuh; 4 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19, 1,317 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 1,052 kes.

Sebanyak empat kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 15,835 kes berbanding semalam, iaitu 15,574 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 188 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 84 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak menjadi negeri tertinggi iaitu 351 kes diikuti Selangor, 303 kes; Kuala Lumpur, 116 kes; Pulau Pinang, 112 kes dan Sabah, 109 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan, 63 kes; Johor, 61; Kelantan, 58 kes; Kedah, 47 kes; Pahang, 32 kes; Terengganu, 22 kes; Perak, 21 kes dan Melaka, 11 kes.

“Putrajaya pula, sembilan kes dan Perlis, dua kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN