1,199 kes sembuh; 1,139 kes positif; 4 kematian - Utusan Malaysia

1,199 kes sembuh; 1,139 kes positif; 4 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 1,199 kes mengatasi kes positif Covid-19 iaitu 1,139 kes dengan hanya perbezaan 60 kes.

Sebanyak empat kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 14,097 kes berbanding semalam, 14,161 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 194 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 86 kes memerlukan bantuan.

“Sarawak terus menjadi negeri tertinggi yang merekodkan kes baharu iaitu 332 kes diikuti Selangor, 294 kes dan Johor, 102 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Labuan, satu serta Putrajaya dan Perlis, masing-masing sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya