11 peniaga dikompaun dalam tempoh pelaksanaan SHMMP di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

11 peniaga dikompaun dalam tempoh pelaksanaan SHMMP di Pulau Pinang

SEBANYAK 1,912 pemeriksaan dijalankan penguat kuasa di premis-premis perniagaan seluruh Pulau Pinang menerusi Op Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 bermula 21 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEOGETOWN: Seramai 11 peniaga di negeri ini dikenakan kompaun kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 bermula 21 April lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Peter J. Berinus Agang berkata, nilai keseluruhan kompaun yang dikenakan terhadap peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan itu berjumlah RM1,700.

“Sejak pelaksanaan SHMMP bermula 21 April lalu, sebanyak 740 premis diperiksa dan 11 peniaga dikenakan kompaun kerana pelbagai kesalahan.

“Selain itu, sepanjang Op Pantau dijalankan, anggota penguat kuasa telah menjalankan 1,912 pemeriksaan di premis-premis di seluruh negeri ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebanyak 12 jenis barangan telah diletakkan di bawah SHMMP 2021 bermula 21 April lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, senarai barang yang diumumkan dalam SHMMP termasuk ayam, telur ayam, daging serta hasil laut seperti ikan tongkol, selayang, kembung dan mabung.

Menurut Peter, pihaknya juga telah mengeluarkan tujuh notis kepada peniaga berhubung penjualan ayam dan daging kerana didapati tidak mematuhi skim harga yang ditetapkan.

“Ketika tempoh pelaksanaan SHMMP ini, pemantauan daripada anggota penguat kuasa secara keseluruhan mendapati pematuhan peniaga adalah memuaskan,” katanya.

Tambah beliau, pada masa ini juga fokus penguatkuasaan ditumpukan kepada pemantauan penjualan daging bagi memastikan harganya tidak dijual melebihi kadar yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya