10 sekeluarga terselamat, rumah musnah terbakar 100 peratus - Utusan Malaysia

10 sekeluarga terselamat, rumah musnah terbakar 100 peratus

KEADAAN api marak sehingga menyebabkan sebuah rumah musnah 100 peratus dalam kejadian di Felda Bukit Rokan Utara, Tampin, petang tadi. - UTUSAN/GAMBAR ORANG AWAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seramai 10 individu terdiri daripada keluarga dan sanak saudara sempat menyelamatkan diri apabila kediaman berusia lebih 40 tahun terbakar dalam kejadian di Felda Bukit Rokan Utara, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.23 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad, sebaik sahaja tiba di lokasi pada pukul 5.48 petang, api sedang marak.

“Kebakaran dikatakan bermula di bahagian rumah hadapan iaitu rumah ibu lalu merebak ke rumah kedua di bahagian bumbung.

“Kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 6.10 petang dan api padam sepenuhnya pada pukul 8.25 malam. Rumah hadapan jenis separuh kekal musnah 100 peratus manakala rumah kedua terbakar di bahagian bumbung,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Norfaizal berkata, dalam operasi memadam kebakaran berkenaan, bantuan turut diperoleh dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas serta Bahau.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya