Widad@Langkasuka ubah landskap Pulau Langkawi - Utusan Malaysia

Widad@Langkasuka ubah landskap Pulau Langkawi

MUHYIDDIN Yassin ( berdiri tengah) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Widad Business Group Sdn. Bhd. dan Bin Zayed International LLC di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu projek berimpak tinggi yang dikenali sebagai Widad@Langkasuka dengan nilai kasar pembangunan (GDV) berjumlah RM40 bilion bakal dibangunkan di Pulau Langkawi, Kedah.

Projek oleh Widad Business Group Sdn. Bhd. dengan kerjasama Bin Zayed International LLC yang dijangka siap dalam tempoh 20 tahun itu sekali gus bakal mengubah landskap pulau lagenda berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Widad Business Group Sdn. Bhd. dan Bin Zayed International LLC.

Perjanjian itu dimeterai oleh Pengarah Eksekutif Widad Business Group Sdn. Bhd., Datuk Dr Mohd. Rizal Mohd Jaafar manakala Bin Zayed International LLC diwakili Pengarah Urusan, Sheikh Midhat Kidwai.

Turut hadir, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak bekerjasama bagi menyelaras dengan kerajaan negeri, perunding serta kontraktor berkaitan pembangunan infrastruktur dan pembinaan projek berkenaan.

Dalam pada itu, Pengerusi Widad Business Group Sdn. Bhd., Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata, adalah penting untuk pihaknya bekerjasama dengan rakan kongsi yang memiliki kepakaran teknikal dan diperlukan.

Katanya, perkongsian strategik ini menunjukkan tahap keyakinan tinggi dalam projek berimpak itu dan sekali gus bakal meletakkan Langkawi dalam peta dunia dan menjadikannya pusat tarikan serantau dan global.

“Kami amat bekerjasama bekerjasama dengan Bin Zayed International LLC dan berharap dapat bergabubg kekuatan bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan,” katanya dalam kenyataan.

Widad@Langkasuka merupakan sebuah projek pembangunan moden dengan menerapkan konsep Islamik dan vernacular tropikal sekali gus mampu menjadi tarikan utama.

Ketika ini, hampir 90 peratus daripada 1,978 ekar merupakan kawasan laut sebaliknya Widad Business Group Sdn. Bhd. berhasrat membangunkan sebuah pulau buatan yang melebihi 1,000 ekar atau 50 peratus dari keseluruhan kawasan.

Projek itu bakal mengandungi komponen pelancongan seperti hotel dan resort bertaraf lima dan enam bintang, padang golf, kompleks pejabat dan perniagaan dan kediaman. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya