Warga Sri Lanka ditahan seludup arak - Utusan Malaysia

Warga Sri Lanka ditahan seludup arak

ARAK seludup yang dirampas dalam sebuah lori yang dipandu seorang lelaki merupakan pemegang kad UNHCR di Persiaran Raja Lumu, Pelabuhan Klang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG: Kegiatan lelaki warga Sri Lanka menyeludup dan mengedar arak menggunakan khidmat pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) sejak tiga tahun lalu tumpas apabila dia ditahan di Persiaran Raja Lumu di sini, semalam.

Suspek lelaki berusia 25 tahun itu ditangkap bersama 1,548 botol arak bernilai RM303,362.55 termasuk cukai yang ditemukan dalam sebuah lori yang dipandunya.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Rizal Mohamed berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4.20 petang dan menemukan suspek sedang menunggu seseorang di hadapan sebuah premis di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek telah bekerja sebagai penghantar arak seludup sejak tiga tahun selepas berkenalan dengan lelaki yang merupakan majikannya di sebuah kedai kopi di Pandamaran di sini.

“Hasil siasatan, suspek mengaku menerima bayaran gaji sebanyak RM1,200 sebulan.

“Majikannya akan mengarahkan suspek untuk menghantar bekalan ke sesebuah kawasan termasuk dari Pandamaran ke Pelabuhan Klang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan meninggalkan lori bersama muatan arak seludup sebelum kenderaan itu diambil individu lain.

“Lori ini kemudiannya akan diletakkan semula di lokasi asal selepas kerja penghantaran selesai dilakukan individu terbabit.

“Malah, suspek sebelum ini juga pernah ditahan polis kerana didapati memiliki arak tidak bercukai tetapi tidak mengetahui jumlah denda yang dibayar majikannya.

“Kita turut merampas sebuah lori dan telefon bimbit dengan keseluruhan rampasan dianggarkan RM363,482.55,” ujarnya.

Tambahnya, suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Pandamaran untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kastam 1967.

“Dengan penahanan suspek, kita dapat rangkaian sindiket pengedaran arak seludup di sekitar Klang,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya