Wanita warga emas maut jatuh perigi - Utusan Malaysia

Wanita warga emas maut jatuh perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang warga emas disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam perigi di dalam bilik air rumahnya di Kampung Bekelam di sini, hari ini.

Mangsa, Gan Lang Eng, 68, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok kira-kira pukul 8.26 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian.

“Bomba mengambil masa selama hampir satu jam untuk membawa naik mangsa yang jatuh ke dalam perigi sedalam lima meter itu.

“Operasi menggunakan sistem takal tali menyelamat untuk mengeluarkan mangsa dari dalam telaga seluas kira-kira satu meter itu,” katanya di sini hari ini.

Yus Heary berkata, mangsa dikeluarkan pada pukul 9.55 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Mohd. Yusrizal Mohd. Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya