Wanita ditikam penagih dadah maut - Utusan Malaysia

Wanita ditikam penagih dadah maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang wanita warga emas yang ditikam penagih dadah di Sabah minggu lalu meninggal dunia semalam.

Mangsa berusia 81 tahun itu meninggal dunia di Hospital Tawau dan disahkan pasukan perubatan kira-kira pukul 9.03 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata,susulan kematian itu, suspek berusia 21 tahun yang sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan akan didakwa semula mengikut Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh.

“Pertuduhan sudah dijalankan terhadap suspek mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di Mahkamah Lahad Datu pada 5 Mac lalu dan dia juga didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan 1963 serta dihukum penjara enam bulan serta tiga sebatan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Rohan, tarikh sebut semula kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan dibuat pada 1 April ini.

Terdahulu, warga emas tersebut diserang suspek kerana didakwa tidak memberikannya syabu dalam kejadian 12 Februari lalu di Kampung Pisang, Lahad Datu dekat sini.

Mangsa yang parah di leher, dibawa ke Hospital Lahad Datu sebelum dirujuk ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, sebilah pisau lipat turut ditemukan polis dipercayai senjata digunakan suspek untuk menyerang mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya