Vaksin Covid-19: Tiada sebarang kesan sampingan serius - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19: Tiada sebarang kesan sampingan serius

Kerajaan luluskan vaksin Sinovac yang untuk digunakan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada sebarang kesan sampingan serius.

Itu tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mengenai petugas barisan hadapan yang menerima suntikan fasa satu, vaksin Covid-19.

Menurutnya, seramai 139,722 petugas barisan hadapan yang menerima suntikan imunisasi tidak menunjukkan kesan yang membimbangkan.

“Pemantauan yang dikesan mendapati tiada perkara yang serius dan tiada kes yang serius dilaporkan.

“Ini menunjukkan kesan suntikan vaksin terbabit selesa malah kesan yang dikesan hanyalah sakit di lengan dan sakit biasa,” katanya dalam sidang akhbar berkenaan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya di sini hari ini.

Mengenai tindakan Australia menggantung penggunaan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca yang dikatakan menjadi punca berlakunya satu kematian, Adham berkata, kelulusan yang diperoleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) adalah sangat meyakinkan.

Oleh itu jelasnya, pemberian vaksin terbabit diteruskan selepas mendapat kelulusan bersyarat.

“Biarpun kelulusan telah diberikan oleh kementerian, kerajaan tetap mahu memastikan vaksin yang dibawa masuk itu selamat sebelum diberikan kepada penerima pada fasa pertama ini.

“Keselamatan ke atas penerima vaksin menjadi keutamaan kerajaan, dalam masa sama, NPRA akan melaksanakan tapisan ketat bagi memastikan vaksin yang digunakan adalah selamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya