UTM temui sumber air 'akuifer' dalam kawasan kampus - Utusan Malaysia

UTM temui sumber air ‘akuifer’ dalam kawasan kampus

JENTERA yang digunakan bagi menggali tanah untuk mendapatkan punca air ‘akuifer’ di dalam kawasan hutan rekreasi UTM di Skudai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pusat Geokejuruteraan Tropika (Geotropik) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menjejak punca air ‘akuifer’ di dalam kawasan hutan rekreasi universiti awam itu, di sini.

Pengarah Geotropik UTM, Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad berkata, penemuan itu amat menarik kerana sumber air ‘akuifer’ ini adalah sumber air berkualiti tinggi.

Jelasnya, sumber air itu juga merupakan air yang sesuai untuk dijadikan bahan minuman.

“Penemuan ini merupakan kejayaan terhadap eksplorasi air ‘akuifer’ batuan kerana sumber tersebut dijumpai di kawasan berbukit di mana kebiasaan kejayaan penemuannya adalah sangat rendah.

“Kejayaan ini hasil daripada kaedah eskplorasi air yang sistematik dan berinovasi melalui integrasi kajian geologi, geofizik dan geomatik.

“Melalui kajian ini, sumber air boleh didapati dengan kaedah menggali sedalam 156 meter dari permukaan tanah dan dianggarkan sebanyak 500,000 liter air boleh ditarik keluar dalam masa sehari,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, penyelidikan yang dibuat itu adalah daripada sumber pembiayaan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) melalui dana Translational@Campus kepada kumpulan tertentu berdasarkan tema seperti Elektrik, Air, Keselamatan, Aset dan Pelancongan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya