Usul tergempar bakal dibentang - Utusan Malaysia

Usul tergempar bakal dibentang

AHMAD Maslan bercakap kepada media ketika melawat pusat media di Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, terdapat usul tergempar yang akan dibentang pada petang Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Bercakap kepada media beliau berkata, pihaknya masih menunggu beberapa jurucakap perwakilan negeri-negeri sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita tunggu sehingga petang ini apa akan berlaku dan kita masih menunggu jurucakap beberapa perwakilan negeri lagi dan kemungkinan akan meminta pandangan daripada para wakil negeri,” katanya.

Tambah beliau, usul sudah diberi dan tidaklah begitu memeranjatkan kerana pihaknya sudah tahu perkara itu sebelum ini lagi.

“Tetapi jika ada perubahan pada usul tersebut mengenai menteri-menteri, kita hanya perlu tunggu dan lihat.

“Dan setakat tengah hari ini, belum ada lagi sebarang perubahan dan masih menunggu sehingga perwakilan negeri habis bersidang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya