Undi18: NGO sedia serah memorandum kepada Agong - Utusan Malaysia

Undi18: NGO sedia serah memorandum kepada Agong

ZAMBRI Mohd. Isa (depan kiri) menyerahkan memorandum tuntutan kepada Mohammad Azlan Charles Abdullah (depan kanan) berhubug pelaksanaan Undi18 di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 dilaksanakan segera.

Tindakan itu dilakukan ekoran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku badan bertanggungjawab dilihat tidak komited melaksanakannya walaupun telah mendapat kelulusan Parlimen pada 2019.

Pengerusi Keilmuwan Nasional, Zambri Mat Isa berkata, pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 diluluskan secara sebulat suara di Dewan Rakyat serta mendapat persetujuan lebih dua pertiga di Dewan Negara ketika Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 dibentangkan pada tahun 2019.

“Kami hadir membawa suara anak muda agar mereka diberikan hak mengundi sebagaimana yang telah diputuskan, namun SPR tidak mengambil berat keputusan ini.

“Pengundi muda harus diberi keutamaan kerana mereka sudah bersedia. SPR perlu laksanakan tanggungjawab dengan penuh integritri dan jangan takut,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum desakan kepada SPR agar pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 dilaksanakan segera di pejabat SPR, di sini hari ini.

Memorandum berkenaan diterima Ketua Unit Komunikasi Korporat SPR, Mohammad Azlan Charles Abdullah.

Katanya, jika SPR terus dengan keputusan menangguhkan pelaksanaan kedua-dua perkara tersebut, pihaknya akan memanjangkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pertimbangan Seri Paduka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya