UMNO Sabah tetap bekerjasama dengan GRS - Utusan Malaysia

UMNO Sabah tetap bekerjasama dengan GRS

ISMAIL Sabri Yaakob (kiri) bersama Bung Moktar Radin pada Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: UMNO Sabah akan tetap meneruskan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi menghormati mandat rakyat di negeri ini.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO Sabah agak berbeza dalam soal kerajasama ini kerana mereka perlu menghormati mandat yang rakyat Sabah berikan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16.

“UMNO Sabah adalah sebahagian daripada Kerajaan GRS dan kita akan memberi fokus kepada usaha membangunkan Sabah. UMNO Sabah perlu bersolidariti dengan GRS kerana ini penting bagi memastikan janji yang diberikan kepada rakyat dalam PRN-16 lalu dapat ditunaikan.

“Mandat yang rakyat berikan kepada kita untuk menjadi kerajaan perlu dimanfaatkan bagi membangunkan Sabah yang kini sudah agak jauh ketinggalan. Dengan ancaman Covid-19, banyak syarikat, usahawan dan juga penggiat industri perhotelan serta pelancongan gulung tikar dan lingkup (muflis).

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami dalam GRS untuk membangunkan Sabah sekaligus memperkasa politik di negeri ini,” katanya selepas Perhimpunan Agung UMNO, hari ini.

Senario politik Sabah agak berbeza dengan Semenanjung. Walaupun UMNO di Semenanjung Malaysia sudah memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehingga pilihan raya akan datang, tapi di Sabah, UMNO memerlukan satu formula baharu untuk mengekalkan kerjasama dalam parti-parti gabungan dalam GRS.

“Kita kena pastikan apa yang berlaku di Semenanjung tidak berlaku di Sabah dan kita mahu memberi fokus untuk membangunkan rakyat dan ekonomi Sabah,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan UMNO akan bertanding sendirian dan menggunakan logo dan lambang dacing dalam PRU-15.

Menurutnya, UMNO bukan riak dan sombong untuk bertanding sendirian sebaliknya mahu dominan dalam pembentukan kerajaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya