UMNO perlu namakan calon PM - Utusan Malaysia

UMNO perlu namakan calon PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : UMNO perlu memikirkan siapa tokoh yang boleh diangkat untuk menjadi calon Perdana Menteri pada Pi­lihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Mengambil contoh apa yang berlaku pada PRU ke-15, Pakatan Harapan (PH) ketika itu mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi calon Perdana Menteri dan strategi itu berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah 62 tahun lamanya.

Penganalisis Politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, perkara yang sama harus dilakukan UMNO kini jika ingin menang pada PRU kali ini.

“Jika ingin bergerak sendiri, siapa yang akan menjadi figura seperti Tun Mahathir dengan mewakili BN? Secara tradisinya adalah Zahid. Tetapi bolehkah parti bergerak dengan mele­takkan Zahid sebagai calon Perdana Menteri?

“Dalam hal ini, terdapat dua perkara yang UMNO harus lakukan iaitu kukuhkan hubu­ngan di luar dan mantapkan hubungan dalaman parti, ini adalah faktor penyatuan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya lagi, pilihan UMNO untuk bergerak sendiri bukan dikira ‘jalan selamat’ kerana tiada jaminan yang UMNO boleh menang dengan jumlah kerusi lebih banyak berbanding parti lain.

“Semua di atas kertas memang cantik kerana kebanyakan pengundi belum menetapkan siapkah yang mereka akan undi. Semuanya boleh berubah.

“Cuma hendak bergerak sendiri tidak mudah. Kalau UMNO bergerak sendiri tanpa Bersatu dan Pas, barang kali mereka perlu mencari rakan kerjasama baru di samping mengekalkan MCA dan MIC.

“Dalam masa yang sama, tidak mustahil BN bekerjasama dengan PH. Namun ia perlu melihat pula kepada syarat yang diletakkan antara BN de­ngan PH, lebih banyak syarat, lebih sukar untuk kukuhkan kerjasama,” katanya.

Mengulas lanjut, strategi kerjasama baru antara BN dengan PH berkemungkinan boleh diterima rakyat seperti apa yang berlaku pada PH ketika bergabung dengan Tun Mahathir bagi membentuk kerajaan.

Namun jalan yang lebih selamat ketika ini bagi UMNO membentuk kerajaan adalah kerja­sama dengan Bersatu dan Pas.

“Pilihan paling jelas adalah kerjasama UMNO, Pas dan Bersatu, kalau ketiga-tiga mampu ketepikan ego mereka. Keputusan akan berpihak kepada mereka.

“Jika berlaku pertembungan dalaman, ia akan menyukarkan kemenangan. Malah jika di­ikutkan, kerjasama UMNO dan Pas sahaja sudah cukup untuk membentuk kerajaan. Tapi kita faham kenapa Pas masih ingin teruskan kerjasama dengan Bersatu juga,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya