UMNO perlu buat mesyuarat putuskan kerjasama dengan Bersatu - Utusan Malaysia

UMNO perlu buat mesyuarat putuskan kerjasama dengan Bersatu

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi UMNO mesti mengadakan mesyuarat tergempar dalam membuat keputusan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengikut semangat dan kehendak perwakilan 147 bahagian.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, parti perlu membuat keputusan agar semua ahli wajib mengundi menolak pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan ketua Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“UMNO perlu membuat keputusan dengan meminta ahli-ahli Parlimen semua parti komponen Barisan Nasional (BN) turut sama mengundi menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebelum Parlimen dipanggil bersidang,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini Tengku Razaleigh yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang mengumumkan beliau tidak lagi menyokong kerajaan PN.

Selain tokoh veteran UMNO itu, dua ahli Parlimen BN iaitu Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Padang Rengas) juga berbuat tindakan demikian.

Tengku Razaleigh pernah mengutus surat bertajuk Usul Tidak Percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada 220 ahli Parlimen.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pernah dilaporkan berkata, 147 UMNO Bahagian seluruh negara menolak kerjasama dengan Bersatu.

Kesemua 189 mesyuarat UMNO Bahagian sudah menyelesaikan mesyuarat pada 1 hingga 3 Januari lalu yang menyaksikan 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya