UMNO perlu beri tawaran yang lebih baik - Utusan Malaysia

UMNO perlu beri tawaran yang lebih baik

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin menyokong usaha ‘The Remaking of Malaysia’ dengan tawaran yang lebih baik khususnya buat golongan muda.

Menurut beliau, Pemuda UMNO khususnya di Bahagian Titiwangsa konsisten bekerja keras untuk menarik sokongan golongan muda, namun harus ada tawaran yang menarik buat mereka.

“Sekiranya UMNO ingin kembali menjadi sebuah parti induk, kita perlu tampil menawarkan pilihan yang lebih baik kepada para pengundi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tawaran itu juga bertujuan menarik semula sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu menjadi parti utama pada pilihan raya umum akan datang.

“Demi kestabilan politik, pemacuan ekonomi negara dan ikatan perpaduan nasional dapat dipulihkan,” katanya.

Tegas beliau, UMNO juga perlu tampil sebagai parti yang peka dengan keperluan rakyat apatah lagi ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Daripada rakyat kita datang, kepada rakyat juga kita kembali. Kita tidak boleh lagi sekadar menjual sejarah malah bagi golongan muda, tawaran masa depan lebih penting daripada nostalgia untuk kenangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya