UMNO masih sah - Utusan Malaysia

UMNO masih sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan 16 bekas ahli UMNO yang memohon kebenaran untuk mencabar kesahan parti itu.

Panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan tersebut telah menjadi akademik kerana ia difailkan oleh mereka yang bukan lagi ahli parti tersebut.

Panel terbabit membuat keputusan itu memutuskan demikian selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat pada prosiding yang dijalankan melalui aplikasi Zoom.

Bekas anggota UMNO itu ialah Salihudin Ahmad Khalid, Noorhalimi Yahya, Mariam Mohd. Ishak, Mohd. Hafami Hanif, Saharudin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd. Manaf, Mohd. Rafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd. Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd. Hikamal Md. Hassim, Muzamzamir Abd. Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad dan Muhamad Hafizi Hashim.

Dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman, kesemua 16 bekas anggota UMNO itu memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diumumkan menerusi kenyataan media bertarikh 5 Mac 2018, dalam memberi UMNO perlanjutan tempoh untuk mengadakan pemilihan parti sehingga 19 April 2019, yang melepasi tempoh maksimum.

Mereka selanjutnya memohon perintah mandamus untuk mendesak ROS membubarkan sementara UMNO dan bagi ROS menggantung semua aktiviti UMNO sehingga selesai semakan kehakiman itu.

Mereka turut memohon perisytiharan bahawa UMNO merupakan parti yang tidak sah berkuat kuasa 20 April 2018.

Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan ROS dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 5 November 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya